Kuaters polis Miri terbakar

MIRI : Satu unit kuaters kerajaan milik Ibu Pejabat Polis Miri, di sini terbakar, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Bonny Martin Saging Mato, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 malam.

Katanya, seramai 14 pegawai dan anggota bersama bersama tiga kenderaan bomba tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Sebaik saja tiba di lokasi, kami dapati kebakaran melibatkan satu unit rumah struktur kekal di kuaters kerajaan milik Ibu Pejabat Polis Miri. Kebakaran berlaku di tingkat tiga dengan anggaran keluasan 30’x20′ terbakar 80 peratus.

“Kerja pemadaman api dilakukan menggunakan satu aliran 400 kaki, satu ‘breeching’, dua muncung sumber air dari tangki jentera dan pili bomba. Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 9.35 malam,” katanya.

Menurut Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Miri berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Posts

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Oleh: Tengku Majid MUKAH: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) terus memperkukuh peranan pegawai perhubungan awam (PRO) agensi kerajaan menerusi penganjuran UKAS Making Connection 2026: Bengkel Penulisan Berita, Artikel dan Siaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan
  • FandiFandi
  • February 10, 2026

SANDAKAN – Kerajaan negeri menyasarkan tempoh dua tahun bagi membolehkan kapasiti bekalan air di Sandakan memenuhi sepenuhnya permintaan semasa. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, sasaran itu berdasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang