KPT lulus dua bas baharu untuk UiTM Cawangan Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meluluskan permohonan daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah untuk mendapatkan dua bas baharu.

Perkara itu, diumumkan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semasa berucap sempena Program Penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN MADANI di UiTM Cawangan Sabah, di sini pada Isnin.

“Oleh kerana kita kasihan dengan pelajar kita, kita bagi dua buah bas baharu. Temasuk juga yang lain-lain, nanti saya minta supaya diberikan kepada saya keutamaan supaya kita dapat berikan.

“Untuk bas itu yang saya tahu, saya pergi ke merata kampus masuk di univerisiti dan sebagainya saya melihat keadaan sebab kebanyakan institusi-institusi kita begitu lama, uzur termasuk bangunannya serta fasiliti yang ada di dalam dan asramanya,” katanya.

Tambahnya, selain masalah bas, beliau juga mengambil maklum akan masalah keselamatan.

Zambry berkata, perkara itu akan disampaikan secara terus kepada Menteri Dalam Negeri.

“Termasuklah yang saya tahu masalah keselamatan yang ada di sini, masalah ada drone dan macam-macam lagi dan yang itu saya akan bawa terus kepada pihak Menteri Dalam Negeri dan termasuk juga masalah kenderaan.

“Jadi dua bas yang dimohon saya ada beritahu Naib Canselor dan katanya kita sokong dan kita luluskan untuk dua bas yang baharu ini,” katanya lagi.

Related Posts

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI komited memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah terus diberi perhatian melalui pelaksanaan dasar serta bantuan yang lebih berkesan di peringkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

TIMBALAN Pengerusi Ulama UMNO, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tampil menegur kenyataan berkaitan sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang mengelirukan susulan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang