Bantuan Pengajian KPT-PTPTN MADANI salur RM79,500 untuk 159 pelajar UiTM Sabah

KOTA KINABALU – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini menyampaikan Bantuan Pengajian KPT- PTPTN MADANI sejumlah RM79,500 kepada 159 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah.

Menerusi bantuan itu setiap seorang masing-masing menerima RM500.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia adalah bantuan sara hidup kepada pelajar yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan mereka.

“Pada hari ini kita sampaikan bantuan kepada 159 pelajar dan kesemuanya adalah pelajar B40 dan miskin tegar.

“Supaya anak-anak semua dapat belajar ada inspirasi belajar untuk mengubah kehidupan kita.

“Sebab saya tidak mahu dengar, baik dari PTPTN mahupun di kementerian ada cerita pelajar cemerlang dari keluarga miskin ini tidak mampu untuk meneruskan pengajiannya disebabkan oleh kemiskinan.

“Saya katakan begitu sebab saya pernah melalui fasa itu,” katanya ketika berucap sempena Program Penyampaian Bantuan Pengajian KPT-PTPTN MADANI di UiTM, di sini pada Isnin.

Sehubungan dengan itu, Zambry turut menasihati para pelajar agar tidak menjadikan kemiskinan sebagai penghalang untuk mencapai kejayaan.

Jelasnya, peluang yang ada ini perlu dimanfaatkan untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

“Peluang yang ada ini adalah memberikan ruang yang terbaik untuk kita belajar dan menjadi manusia yang hebat, kemiskinan itu bukan satu halangan untuk kita berjaya.

“Itu yang sepatutnya menjadi aspirasi besar kita untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan bagi membela keluarga,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM