Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

GAZA – Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas menegaskan komitmennya terhadap perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel, sambil menempelak kegagalan Tel Aviv mematuhinya dan bertanggungjawab keatas sebarang komplikasi atau kelewatan yang berlaku di Gaza.

Kumpulan itu mengulangi bahawa mereka akan terus mematuhi perjanjian gencatan senjata selagi Israel berbuat demikian, dengan menekankan bahawa perjanjian tersebut telah dirundingkan dan dijamin oleh Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat (AS) dengan pemantauan antarabangsa.

“Pihak penjajah (Israel) gagal menepati komitmennya, dan ia bertanggungjawab sepenuhnya atas sebarang kelewatan atau komplikasi,” kata Hamas dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Telegram, Hamas turut menolak kenyataan Presiden AS, Donald Trump, yang mencadangkan pemindahan penduduk Palestin dari Gaza atas alasan pembinaan semula.

Hamas menyifatkan kenyataan itu berunsur perkauman dan satu jemputan kepada pembersihan etnik yang bertujuan menghapuskan perjuangan Palestin.

Sejak 25 Januari, Trump berulang kali mencadangkan agar penduduk Palestin di Gaza diterima oleh negara-negara Arab serantau seperti Mesir dan Jordan, satu idea yang telah ditolak oleh negara-negara Arab dan pemimpin Palestin.

“Rancangan untuk mengusir rakyat kami dari Gaza tidak akan berjaya dan akan berdepan dengan pendirian bersatu dari Palestin, dunia Arab, dan dunia Islam yang menolak semua rancangan pemindahan paksa. Semua percubaan ke arah pemindahan paksa akan gagal,” katanya seperti dilapor Agensi Anadolu.

Pada Isnin, Trump memberi amaran bahawa ‘kehancuran besar’ akan berlaku jika semua tebusan Israel di Gaza tidak dibebaskan sebelum jam 12:00 tengah hari (10:00 GMT) pada Sabtu.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengeluarkan amaran kepada Hamas selepas mengadakan mesyuarat Kabinet keselamatan selama empat jam pada Selasa, mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan tentera untuk menggerakkan pasukan di dalam dan sekitar Gaza.

“Pergerakan ini sedang berlaku sekarang dan akan diselesaikan secepat mungkin,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan televisyen.

Beliau menegaskan bahawa jika Hamas tidak membebaskan tebusan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata akan berakhir, dan tentera Israel akan menyambung semula serangan dengan kekuatan penuh.

Walaupun Netanyahu tidak menyatakan jumlah tebusan yang dijangka dibebaskan Hamas, Radio Tentera Israel, memetik pegawai tanpa nama, melaporkan pada Selasa bahawa jika Hamas membebaskan tiga tebusan pada hari Sabtu, fasa pertama perjanjian akan diteruskan.

Pada Isnin, jurucakap sayap tentera Hamas, Briged Al-Qassam, Abu Ubaida, mengumumkan bahawa pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu telah ditangguhkan tanpa had, dengan alasan pelanggaran perjanjian gencatan senjata oleh Israel.

Perjanjian gencatan senjata tiga fasa telah berkuatkuasa di Gaza sejak 19 Januari, menghentikan perang genosid Israel yang telah mengorbankan lebih daripada 48,200 nyawa dan menyebabkan kemusnahan wilayah.

Dalam fasa pertama gencatan senjata yang berjalan sehingga awal Mac, 33 tebusan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran bagi sejumlah tahanan Palestin, pertukaran tahanan kali keenam antara Israel dan Hamas dijadualkan berlangsung minggu ini.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang di wilayah itu.

Related Posts

Wasiat terakhir Hossam Shabat, wartawan mangsa serangan kejam Israel

GAZA – “Jika kamu membaca penulisan ini, ia bermakna aku sudah terkorban dalam serangan kejam rejim Israel.” Demikian wasiat terakhir yang ditinggalkan oleh Hossam Shabat, seorang wartawan Al-Jazeera yang turut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hanya kerana juruterbang tertinggal pasport, pesawat terpaksa buat ‘U-turn’

LOS ANGELES – Sebuah pesawat United Airlines yang berlepas dari Amerika Syarikat (AS) menuju ke China terpaksa berpatah balik selepas juruterbangnya terlupa membawa pasport. Penerbangan UA198 yang membawa 257 penumpang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta