KPDN, KPM anjur program Cabaran Interaktif Pengguna

BINTANGOR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menganjurkan Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Peringkat Zon Tengah pada Khamis.

Pertandingan berbentuk cabaran interaktif explorace ini menguji pengetahuan dan amalan kepenggunaan dalam aspek perlindungan pengguna, pengurusan kewangan, pemakanan sihat, dan kelestarian alam sekitar.

Sebanyak 17 sekolah dari Bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, dan Kapit mengambil bahagian dengan penyertaan seramai 68 pelajar.

Pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga akan mewakili Zon Tengah ke Peringkat Negeri pada bulan Ogos 2024.

SMK St. Elizabeth, Sibu dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh SMK St. Patrick, Mukah sebagai naib juara, dan SMK Simanggang, Sri Aman di tempat ketiga.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Jacqualine M Jagang, Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, mewakili Pengarah KPDN Sarawak.

Hadir sama ialah Encik Mohd Khadri bin Fazil Rahman, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Rajang, Encik Mahathir bin Mahdini, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, dan Tuan Louis ak Japar, Timbalan Ketua Cawangan KPDN Sarikei.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar