KPDN P.Pinang keluarkan RM3.06 juta nilai sitaan sejak Januari

GEORGE TOWN – Sebanyak 67,564 premis di seluruh negeri ini diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang dengan melibatkan 804 kesalahan, sejak 1 Januari lalu.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM3.06 juta nilai sitaan dan kompaun RM461,800 telah dikeluarkan setakat ini.

“Pemeriksaan intensif ini merupakan antara usaha berterusan kementerian dalam memperkukuh budaya pematuhan perniagaan, selain melindungi hak pengguna serta memastikan harga barangan dan perkhidmatan dikawal dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Pasar Patuh (3P) di Pasar Chowrasta, di sini hari ini.

Antara rakan strategik utama yang terlibat dalam pelaksanaan program Pasar Patuh itu ialah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), FAMA, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta syarikat yang dilantik dalam penentusahan alat timbang sukat (SDL).

Menurut Jegan, dalam tempoh yang sama, KPDN Pulau Pinang turut menerima sebanyak 2,288 aduan daripada orang awam.

“Daripada jumlah tersebut, 1,016 melibatkan isu harga barangan dan perkhidmatan, 191 berkaitan bekalan barang kawalan manakala selebihnya sebanyak 1,081 merupakan aduan lain-lain,” katanya.

Related Posts

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

KOTA KINABALU – Sektor pelancongan di negeri ini akan terus berdaya tahan meskipun berdepan cabaran susulan konflik semasa di Asia Barat. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Pengambilan doktor dan jururawat baharu diteruskan

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Bekalan minyak dan gas Malaysia kekal terjamin, harga global jadi cabaran – PM

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini

Isu harga barangan akan dibincang dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini