Inkues: Saksi kanak-kanak ke-34 dedah pernah diugut selepas kematian Zara Qairina

KOTA KINABALU – Saksi kanak-kanak ke-34 memberitahu Mahkamah Koroner hari ini, bahawa dia pernah menerima ugutan daripada seorang pelajar senior ketika tinggal di asrama sekolah tersebut sebelum berpindah ke dorm lain.

Menurut peguam kepada ibu Zara, Shahlan Jufri, saksi berkata, selepas 16 Julai 2025, dia mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal di bilik dorm asal dan berpindah ke dorm lain kerana tidak sefahaman dengan pelajar senior di bilik berkenaan.

“Saksi memberitahu mahkamah, pelajar senior itu pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan terhadapnya.

“Ia termasuk menyoal ‘kau ni kenapa, kau mau jadi macam Zara juga?’ serta mengugut ‘kalau aku hampas-hampas kepala kau di katil ni’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, di hadapan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Selasa.

Jelas Shahlan, saksi turut mendedahkan dia mengenali seorang lagi pelajar junior ahli dorm yang rapat dengan Zara.

“Saksi pernah membuat aduan kepada guru asrama bahawa kawan Zara pernah memulau dan memfitnah Zara kononnya mencuri kad bank.

“Saksi ini juga pernah diajak oleh kawan Zara untuk pulau Zara.

“Saksi mengatakan bahawa tuduhan ini tidak betul kerana barang pelajar junior tersebut yang disyaki hilang sudah dijumpai oleh pelajar junior yang lain di bilik shower dan sudah dikembalikan kepada pelajar junior tersebut tetapi duit sebanyak RM300 di dalam dompet tersebut sudah hilang,” katanya.

Mengulas lanjut, Shahlan berkata, saksi turut menceritakan ada satu kejadian pada bulan Mei 2025 di mana Zara berjumpa dengan beberapa pelajar senior di Blok B berkaitan Zara ada menulis buku komik.

Jelas saksi, dalam pertemuan itu, salah seorang pelajar junior juga ada dipanggil berkaitan pelajar junior ini dikatakan ada menulis berkaitan ‘body shaming’ seorang pelajar senior.

“Pada masa yang sama, seorang pelajar senior lain pula datang ke bilik tersebut dan keadaan menjadi lebih tegang.

“Saksi dan seorang pelajar junior yang dikatakan tadi bersama dengan Zara duduk di atas lantai pada masa itu dan pelajar senior tersebut ada mengatakan ‘kalau aku touch touch kau ni’,” katanya.

Katanya lagi, saksi pada ketika itu berasa takut dan pelajar junior tersebut bersama Zara juga hampir menangis.

“Saksi melihat sendiri kejadian ini,” ujarnya.

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi