Koperasi Tanjong Keramat perlu dijadikan contoh teladan – Ewon

KOTA MARUDU – Koperasi Tanjong Keramat perlu dijadikan contoh teladan dan motivasi kepada lebih 16,000 koperasi yang ada di Malaysia.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, kejayaan Koperasi Tanjong Keramat sangat membanggakan melihat kepada profil koperasi yang diberikan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Bukan hanya terlibat di dalam perusahaan pertanian dan perladangan tetapi juga perusahaan pinjaman Mikro Kredit, Ar-Rahnu dan peruncitan tetapi pernah menyertai Liga 100 Koperasi terbaik negara.

“Saya percaya pada masa akan datang koperasi ini akan kembali nenyertai Liga Elite Koperasi ini melihat kepada kejayaannya.

“Ianya boleh menjadi contoh teladan dan motivasi kepada 1,700 lagi Koperasi di Sabah yang lain ataupun kepada 16,000 lebih koperasi yang ada di Malaysia,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Penanaman Jagung, di Hotel Marudu Inn pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bangga apabila Projek Penanaman Jagung bijian yang dilaksanakan oleh Koperasi Tanjung Keramat dapat menyumbang kepada bekalan makanan negara.

“Negara kita masih bergantung dengan bekalan makanan import yang sangat tinggi. Siapa lagi yang boleh menyumbang kepada penambahbaikan ini.

“Kita boleh melaksanakan penanaman perusahaan dalam negara kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, beliau mengulas ucapan dasar kerajaan Pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa Kerajaan mensasarkan dan ‘self-sufficiency rate’ itu perlu ditingkatkan menjelang tahun 2030.

“Saya ucap tahniah kepada Koperasi Tanjung Keramat kerana telah menyumbang kepada sasaran tersebut.

“Melalui kerjasama dengan syarikat EMAT dan penduduk kampung untuk membangunkan tanah-tanah yang Boleh dibangunkan untuk penanaman jagung bijian dan mungkin tanaman-tanaman yang lain.

“Supaya pada akhirnya sekiranya ada isu berlaku seperti isu geopolitik, kita masih ada bekalan makanan di dalam negara kita sendiri,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Ewon berkata, masyarakat perlu menyokong usaha-usaha gerakan koperasi dalam kementeriannya khususnya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“SKM telah menyediakan peruntukan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta untuk gerakan koperasi yang terlibat dalam sektor agro-makanan.

“Kementerian kita juga menyertai atau menganggotai Jawatankuasa Kabinet mengenai dengan keterjaminan makanan dan antara yang boleh menyumbang itu adalah gerakan koperasi.

“Jadi sekiranya ada koperasi yang ingin memohon pembiayaan ini untuk memulakan atau memperluaskan perusahaan yang berkait dengan ‘Food Security’ kita sudah sediakan tabung modal,” ujarnya.

Related Posts

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

JOHOR BAHRU – Individu terbabit dalam insiden seorang lelaki ditampar di sebuah stesen minyak di Taman Perling, di sini, semalam, sebagaimana tular dalam media sosial, disahkan adalah seorang anggota polis.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

KINABATANGAN – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengeluarkan sebanyak 446 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ta’awun atau taktik? Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Ta’awun atau taktik?  Bila agama dijadikan perisai kegagalan politik

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Tiga tahun pentadbiran PMX dari sudut pandang sosial rakyat

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

Polis sedang cuti individu tular tampar lelaki di stesen minyak

SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

  • By Fatin
  • January 12, 2026
SPR keluar 446 kertas undi pos bagi PRK Kinabatangan, Lamag

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

RM21.476 juta untuk kemudahan rakyat Kadamaian, Jalan Taginambur–Kamburaon dinaik taraf

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar

Sarawak perkenal Program Bas Sekolah Percuma, rintis penggunaan teknologi pintar