JIWA@Komuniti MADANI kukuh jalinan agensi dan rakyat

SIBU – Program JIWA@Komuniti MADANI Sembang Santai yang berlangsung di Tempat Transit Gelandangan (TTG) Sibu bukan sekadar platform perkongsian maklumat, malah menjadi jambatan kukuh antara rakyat dan agensi kerajaan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, penganjuran program ini merupakan usaha berterusan memperkasakan rakyat serta memperluas capaian terhadap dasar kerajaan dan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan.

“Penubuhan Komuniti MADANI di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) khususnya di Sibu, adalah langkah proaktif dalam memastikan maklumat sahih sampai terus ke masyarakat. 

“Ia juga memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan serta memupuk semangat perpaduan dan toleransi antara kaum,” katanya.

Ucapannya disampaikan oleh wakil beliau, Wong Chai Ni dalam program yang berlangsung pada Jumaat.

Michael yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan turut menyeru semua ahli Komuniti MADANI agar terus memberikan kerjasama padu kepada Pejabat Penerangan Daerah Sibu bagi merealisasikan matlamat utama komuniti berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi menjelaskan Komuniti MADANI berperanan hampir sama seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), namun lebih tertumpu kepada penyampaian maklumat rasmi kerajaan terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Komuniti ini penting dalam memastikan penyebaran maklumat sahih, sekaligus mengekang berita palsu yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Program berkenaan dianjurkan oleh Komuniti MADANI Swan dan Pejabat Penerangan Daerah Sibu dengan kerjasama TTG Sibu.

Turut hadir Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Sibu, Audrey Gerry; Pegawai Penerangan JKOM Sibu, Fatimah Firdaus serta Pengerusi MTPN Sibu, Lucas Lau.

  • Related Posts

    Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

    IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil langkah pengawalan susulan isu gangguan monyet liar atau dikenali sebagai monyet gunung di Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, yang tular dan dilaporkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

    MIRI – Seramai 500 murid daripada golongan asnaf di daerah ini menerima khabar gembira apabila terpilih menerima sumbangan dana Zakat i-Asnaf daripada Petronas Carigali Sdn Bhd. Sumbangan menerusi Badan Asy…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

    Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

    Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

    Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

    Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

    Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

    ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

    ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

    Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

    Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

    Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

    Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam