Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

PULAI – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung pada 17 Mei ini di Persada Johor Bahru disifatkan sebagai platform penting dalam menentukan hala tuju kerjasama politik antara PH dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata, konvensyen berkenaan perlu menjadi medan utama untuk memperjelaskan strategi politik semasa khususnya berkaitan kedudukan Kerajaan Perpaduan di Johor yang sehingga kini masih belum dibentuk secara rasmi seperti di peringkat nasional.

Menurut beliau, konvensyen itu juga penting dalam memberi keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk kerjasama politik yang bakal diambil demi menjamin kestabilan dan masa depan negeri Johor.

“Saya mengalu-alukan kehadiran seluruh pimpinan, perwakilan dan peserta ke Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Persada Johor Bahru dalam kawasan Parlimen Pulai. Konvensyen ini amat penting dalam memberikan hala tuju yang jelas kepada Pakatan Harapan menghadapi PRN dan PRU akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa isu semasa perlu diperhalusi dalam konvensyen tersebut termasuk isu usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan serta keperluan memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional.

Menurutnya lagi, Johor memerlukan satu ‘direction’ politik yang lebih jelas kerana sehingga kini masih belum wujud kerangka kerjasama yang tersusun dan menyeluruh antara parti-parti dalam kerajaan.

Dalam pada itu, Suhaizan turut mencadangkan supaya PRN dan PRU diadakan secara serentak bagi menjimatkan kos serta meningkatkan kadar keluar mengundi rakyat.

Katanya, langkah tersebut juga wajar dipertimbangkan secara serius oleh negeri-negeri di bawah pentadbiran PH dan BN demi memastikan kestabilan politik dan kecekapan pentadbiran.

“Pengundi di Johor sebahagiannya bekerja di Singapura dan mereka menghadapi kesukaran untuk pulang mengundi sebanyak dua kali sekiranya pilihan raya diadakan secara berasingan,” ujarnya.

Beliau berharap Konvensyen PH kali ini menjadi titik penting dalam membina kesepakatan politik serta memperkukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan demi masa depan negara dan negeri Johor.

Related Posts

Tamadun itu roh, negara bangsa itu jasadnya – Raja Muda Perlis

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa tamadun dan negara bangsa merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kelangsungan sesebuah negara. Baginda bertitah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS, Fujifilm meterai kerjasama bangunkan pusat latihan endoskopi canggih di Sabah

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalin kerjasama strategik dengan Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoU) bagi pembangunan ‘Advanced HUMS Endoscopic Training Centre’ di Hospital Universiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Pas Selangor saran Nik Zawawi bertaubat

Pemuda Pas Selangor saran Nik Zawawi bertaubat

MTEN: PM arah kementerian selaras bantuan golongan rentan

MTEN: PM arah kementerian selaras bantuan golongan rentan

Tamadun itu roh, negara bangsa itu jasadnya – Raja Muda Perlis

Tamadun itu roh, negara bangsa itu jasadnya – Raja Muda Perlis

UMS, Fujifilm meterai kerjasama bangunkan pusat latihan endoskopi canggih di Sabah

UMS, Fujifilm meterai kerjasama bangunkan pusat latihan endoskopi canggih di Sabah

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan