Kontraktor PUSPEN Karak perlu siap kerja naik taraf hujung Mei

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak dekat sini, bagi meninjau kerja membina, meroboh dan menaik taraf fasiliti di lokasi itu yang mengalami kelewatan.

Perdana Menteri tiba di tapak projek itu sekitar jam 3 petang, diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang mengenai perkembangan kerja yang masih berbaki.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, turut dilihat memanggil kontraktor dilantik menyiapkan projek itu, bagi mendengar penjelasan berkaitan punca kelewatan projek.

Dalam pertemuan singkat itu, beliau meminta kontraktor terbabit menyiapkan projek berkenaan mengikut tarikh ditetapkan serta menyelesaikan isu berbangkit.

Turut hadir sama pada majlis ringkas itu, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar.

Projek naik taraf PUSPEN Karak bernilai RM75 juta bermula Ogos 2021 dan dijangka siap hujung Mei ini dengan kemajuan semasa projek sudah melepasi 90 peratus.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat