Konsep Malaysia MADANI bukan sekadar slogan tetapi milik rakyat Malaysia

KUCHING – Konsep Malaysia MADANI bukan slogan milik kerajaan yang memerintah hari ini tetapi merupakan kerangka nilai yang perlu dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Itulah yang ditegaskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop. 

Ismail berkata, MADANI itu sendiri membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan, dalam erti membina sebuah sebuah ketamadunan negara bangsa.

“Ibu Khaldun, tokoh ilmuan dan pemikir Islam, mentafsirkan proses membina sebuah tamadun itu mengambil tempoh yang panjang, 300 tahun sedangkan negara kita Malaysia baru berusia 67 tahun,” kata beliau.

Menurutnya, Kerangka Membangun Malaysia MADANI adalah proses kesinambungan membangunkan ketamadunan negara bangsa Malaysia.

“Model Membangun Malaysia MADANI adalah berteraskan model piagam Madinah, yang merubah masyarakat dan wajah wilayah Yatrib, sebuah bandar yang miskin, tiada pembangunan, menjadi sebuah kota yang mencipta ketamadunan, sehingga diberi gelaran Kota yang Bercahaya, Al Madinah Munawarah,” katanya.

Tambah beliau, penghijrahan Nabi SAW ke kota Yathrib dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum dan itulah konsep yang menjadi inspirasi kepada Malaysia MADANI dalam hidup kepelbagaian kaum.

“Walaupun Malaysia menjadi Islam agama Persekutuan menurut Perlembagaan, tetapi bukan bermakna kita menghalang hak kebebasan beragama atau kepercayaan lain,” katanya.

Beliau menjelaskan Rukun Negara yang diperkukuhkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menjadi kerangka bagi ideologi nasional.

“Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan kerangka Malaysia MADANI untuk melengkapkan usaha membina negara ini sebagai negara bertamadun dengan Rukun Negara,” ujar beliau.

Ismail berkata, sesiapa sahaja meneruskan kepemimpinan negara haruslah meneruskan konsep Malaysia MADANI.

“Jadi, di sini peranan JKOM untuk menerangkan konsep Malaysia MADANI kepada rakyat daripada akar umbi,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan Malaysia memilih dasar integrasi dengan setiap masyarakat berbilang agama dan kaum berhak mengekal identiti mereka yang sendiri.

“Dalam Islam sendiri, kita disuruh saling kenal mengenal dan hidup dalam keharmonian,” ujar beliau.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16