Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan pendirian bersama.

Beliau berkata, serangan yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran menunjukkan kelemahan ketara dunia Islam dalam menyatakan pendirian secara kolektif berhubung isu yang membabitkan kepentingan umat.

Anwar berkata, situasi berkenaan menimbulkan kebimbangan kerana banyak negara Islam masih tidak mampu menyatakan pandangan secara tegas walaupun berdepan perkembangan yang memberi kesan besar kepada dunia Islam.

“Perkembangan ini menggusarkan kita dan menunjukkan kelemahan ketara dunia Islam untuk menyuarakan pandangan secara bersama. Bukan untuk berperang, tetapi untuk menyatakan pendirian secara jelas pun tiada upaya.

“Boleh dikira dengan jari, (pemimpin Islam) yang mengucapkan takziah di atas kematian pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan keluarganya akibat peperangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kumpulan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), di sini, hari ini.

Anwar berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai keupayaan negara Islam mempertahankan kepentingan dan suara umat di peringkat antarabangsa.

Pada masa sama, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan penderitaan rakyat di Gaza Strip dan Palestin yang berdepan kemusnahan serta kehilangan nyawa orang awam sejak sekian lama.

Katanya, tragedi kemanusiaan di Palestin termasuk kematian wanita dan kanak-kanak serta kemusnahan kemudahan awam seperti hospital dan sekolah wajar menjadi peringatan kepada umat Islam mengenai kepentingan solidariti dan kesatuan.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam mengambil iktibar daripada perkembangan semasa dengan memperkukuh perpaduan serta memperbaiki kekuatan dalaman masyarakat dan negara masing-masing.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia perlu terus memanfaatkan keamanan dan kestabilan yang dinikmati ketika ini bagi memperkukuh pembangunan negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kita masih mempunyai keupayaan untuk menjaga pembangunan negara, sekolah, hospital dan kemudahan rakyat. Gunakan keamanan yang ada ini sebaik mungkin untuk memastikan masa depan negara terus terjamin,” katanya.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah