
BINTULU – Komuniti Madani Iran Suai turun padang membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.
Sejak 4 Februari yang lalu, Komuniti Madani Iran Suai membantu mangsa banjir di Kampung Iran, Suai dan pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Suai.
Antara bantuan yang diagihkan ialah bahan pencuci, makanan ringan, air minuman, dan beras yang dapat membantu meringankan beban mangsa yang terkesan.
Menurut Pengerusi Komuniti Madani Iran Suai Nazarnie Salleh, bantuan yang dihulurkan ini merupakan salah satu aktiviti dan usaha komuniti Madani membantu komuniti setempat.
Lebih 80 bungkusan bantuan dihulurkan kepada mangsa banjir di Kampung Iran, Suai hari ini dan di PPS SMK Suai pada 4 Februari lalu oleh ahli Komuniti Madani Iran Suai.
Usaha tersebut selaras dengan objektif penubuhan Komuniti Madani iaitu menerapkan nilai dan tonggak Madani dalam kalangan masyarakat melalui komuniti.



