Komunikasi politik perlu guna bahasa mudah difahami rakyat – Siti Aishah

PEMAIN politik disaran mengamalkan komunikasi yang jujur, telus dan menggunakan bahasa mudah difahami rakyat bagi mengatasi cabaran dalam medan politik negara.

Penasihat Strategik Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Siti Aishah Shaik Ismail berkata, kelemahan dalam pendekatan komunikasi menyebabkan rakyat merasakan politik sebagai medan yang mudah dimasuki, tanpa mengira sama ada sesuatu perkara itu benar atau sebaliknya.

Katanya, kelemahan itu juga berpunca daripada tindakan sesetengah pihak yang mengutamakan keuntungan politik segera berbanding kepentingan rakyat.

“Saya sebut ini kerana di pihak kerajaan permasalahan kita, kita tidak berjaya dengan cara yang baik dan kita juga menggunakan ruang-ruang yang lompong dan kadang-kadang kita tengok kita pun menggunakan kaedah yang sama hanya kerana nak meraih yang kita rasa boleh cepat naik.

“Dan ini menyebabkan rakyat merasakan bahawa medan politik tu ialah medan yang aku pun nak tempuh sama. Betul tak betul letak belakang, yang penting aku letak dulu.

“Jadi betul menyebabkan baik kita di pihak kerajaan menyebabkan pemain-pemain politik mencemarkan medan permainan ini dan sebab tu saya kata kalau kita nak melakukan sesuatu yang baik kepada rakyat, kepada masyarakat, sebagai orang politik dia kena jujur dengan masyarakat,” katanya ketika menjadi tetamu jemputan Podcast Minda Tok Abah, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, Kerajaan Perpaduan berbeza daripada pentadbiran terdahulu kerana lebih telus dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Dan hari ini, di bawah Kerajaan Perpaduan saya bukan nak puji kerana saya orang kerajaan tapi kita lihat perbezaan ketara yang ada daripada zaman dulu ke sekarang yang mana kita tengok setiap perkara dikongsikan kepada rakyat.

“Tetapi masalah yang macam tadi Tok Abah sebut ialah bila perkongsian itu tidak diterima bulat-bulat oleh masyarakat kerana mereka merasakan bahawa ada satu lagi benda grup yang menapis fakta itu supaya diterima bulat-bulat dan ini cabaran besar kita sebagai orang politik.

“Yang mana pengolahan fakta itu tidak boleh hanya sekadar fakta semata-mata, dia mesti balik kepada keadaan semasa rakyat di bawah,” katanya.

Jelas Siti Aishah, komunikasi politik harus diolah mengikut konteks masyarakat setempat supaya mesej lebih mudah difahami.

Tambahnya, pemimpin tidak boleh hanya membawa ‘bahasa Putrajaya’ ketika berinteraksi dengan rakyat di luar bandar, sebaliknya perlu menggunakan bahasa yang dekat dengan masyarakat.

Related Posts

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. Menurut MCMC, pihak berkuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran