KKR beri tumpuan tambah baik JRTB dalam Belanjawan 2026

KUALA KANGSAR – Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan terus menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya (KKR) apabila laluan strategik sepanjang 123 kilometer itu bakal menerima perhatian khusus dalam Belanjawan 2026.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan menaik taraf jalan bersejarah itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan peruntukan.

“KKR telah membuat permohonan untuk belanjawan akan datang bagi memperkukuh infrastruktur JRTB.

“Walaupun jumlah peruntukan belum dimuktamadkan, usaha ini membuktikan komitmen kerajaan meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Jambatan Sultan Muzzaffar Shah di Dataran Amanjaya Manong, di sini, pada Khamis.

Majlis disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Menurut Nanta, beberapa langkah penambahbaikan awal telah disiapkan, termasuk pemasangan 385 batang lampu solar di lokasi strategik, khususnya di selekoh berbahaya dan kawasan kerap berlaku kemalangan.

“Selain itu, KKR juga membaiki penghadang jalan yang rosak, menaik taraf perabot jalan dan mengecat semula garisan laluan bagi meningkatkan tahap keselamatan di JRTB,” katanya.

Terdahulu dalam sembah ucapan beliau berkata, JRTB yang merupakan nadi penghubung antara Perak dan Kelantan, sentiasa diberi perhatian sejak beliau menerajui KKR

Jelasnya, bukan sahaja kerana fungsinya sebagai laluan perdagangan dan logistik, tetapi juga sejarahnya dalam pembangunan jaringan jalan raya negara.

Nanta turut memaklumkan pelancaran Aplikasi MyJalan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan tindakan pembaikan jalan berdasarkan aduan pengguna.

“Data kerosakan yang diterima melalui aplikasi ini menjadi asas kukuh bagi KKR untuk memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Hasilnya, laluan Gerik-Jeli bersama beberapa jalan persekutuan lain di Perak telah menerima kerja pembaikan dan naik taraf demi keselamatan serta keselesaan rakyat,” ujarnya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James