Kisah hutan, air dan Orang Asli di Nenggiri

[ANALISIS] KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dalam Parlimen Gua Musang, Kelantan diperkenalkan pada tahun 2003.

Ia mula dipertandingkan setahun selepas itu atau kira-kira 20 tahun lalu.

Kawasan DUN ini sangat luas hinggakan ada yang menggambarkan seolah-olah menyamai keluasan negeri Melaka.

Jumlah pengundi berdaftar di sini pula seramai 20,259.

Kerusi ini boleh dikatakan sebagai kubu kuat UMNO sejak dipertandingkan.

Antara wakil rakyat daripada UMNO yang pernah menyandang kerusi ini adalah Mat Yusoff Abdul Ghani (2004-2017) dan Abd Aziz Yusoff (2018-2023).

Dalam pilihan raya negeri (PRN) Ogos tahun lalu, kerusi berkenaan dirampas oleh calon mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Azizi Abu Naim.

Mohd Azizi kemudiannya dipecat daripada parti Bersatu kerana menyokong Kerajaan Perpaduan dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akibat pemecatan Mohd Azizi itu, pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan bagi mencari wakil rakyat baharu.

Proses penamaan calon sudah selesai 3 Ogos lalu dan kerusi itu ditandingi calon daripada BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.

Itu adalah serba ringkas berkaitan perjalanan PRK Nenggiri yang boleh dikatakan semua orang sudah tahu.

Dan semua orang juga sudah tahu, sejak 34 tahun kerajaan Kelantan dipimpin Pas, pengurusan hasil hutan di negeri ini dilabel sebagai paling teruk di Malaysia.

Pembukaan tanah dibuat secara berleluasa, lesen pembalakan diberi kepada pelbagai syarikat pelobi dan projek mega Musang King juga diluluskan kepada kapitalis dari luar Kelantan.

Ini semua berlaku dalam kawasan DUN Nenggiri dan ia tidak memberi keuntungan kepada penduduk setempat.

Ratusan dan ribuan hektar tanah dipajak kepada syarikat besar untuk tujuan penanaman durian Musang King.

Perkara ini bukanlah rahsia memandangkan ia dilaporkan secara meluas media tempatan dan nasional.

Pada September tahun lalu, Kelantan mencipta sejarah baharu apabila memiliki ladang durian musang king terbesar di Malaysia, dengan keluasan hampir 3,000 hektar di kawasan Tanah Tinggi Lojing.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Siapa pemilik ladang berskala mega itu?

Ladang terbabit dimiliki Sindiyan Plantation Sdn Bhd (Sindiyan) dan dikatakan mampu membawa nama Kelantan di pentas luar negara terutama Asia sebagai pengeluar utama Musang King pada masa hadapan.

Namun, pembukaan tanah bagi memberi laluan kepada projek berkenaan mengakibatkan penduduk setempat berdepan masalah lain.

Gangguan hidupan liar dan bekalan air bersih menyukarkan urusan harian penduduk.

Bahkan ada penduduk di sekitar Kampung Renok mendakwa haiwan seperti gajah, harimau dan beruang sudah menjadikan kampung mereka sebagai tempat ‘mencari makanan’.

Itu belum lagi dibuka kisah masyarakat Orang Asli dan perkampungan tradisional yang masih mengharapkan bekalan air menerusi pembinaan tandak.

Bukan hanya isu pembukaan ladang Musang King sahaja yang membimbangkan penduduk di Nenggiri dan Gua Musang.

Aktiviti pembalakan luar kawalan juga semakin ‘melampau’ dan tidak dipantau dengan baik oleh kerajaan Kelantan.

Menurut kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hal berkaitan alam sekitar, sikap kerajaan Kelantan dalam pengurusan hutan adalah paling teruk di Malaysia.

Ini mungkin disebabkan kerajaan negeri tidak mempunyai sumber pendapatan gantian, jadi mereka perlu ‘membalak’ bagi memenuhi keperluan kewangan.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) mempersoalkan tindakan kerajaan Kelantan meluluskan 54 lesen penerokaan hutan di kawasan Nenggiri sejak dua tahun lalu.

Pengerusi KUASA, Hafizudin Nasarudin berkata, tindakan kerajaan negeri itu dilihat sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

“Jika dahulu di Gua Musang pembalakan dilakukan secara terpilih namun sekarang pembalakan dibuat secara tebang habis sama ada pembukaan ladang baharu, lombong atau kuari.

“Kemusnahan hutan di Gua Musang termasuk Nenggiri amat dahsyat. Jika dilihat di Kuala Betis, beratus lori keluar masuk setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan media pada 7 Ogos lalu.

Aktiviti pembalakan juga menyaksikan seorang wanita nyaris maut pada 9 Julai lalu, apabila motosikal ditunggangnya dihempap beberapa kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

‘Mesin ATM’ dan Orang Asli

Timbalan Ketua Operasi PRK Nenggiri untuk BN, Syahbuddin Hashim mendakwa kerajaan Kelantan hanya menjadikan Gua Musang dan Nenggiri sebagai ‘mesin ATM’ mereka.

“Sejak 2022, mereka (kerajaan Kelantan) memberikan 54 kelulusan baharu membabitkan kawasan seluas kira-kira 33,000 ekar.

“Kawasan hutan itu antaranya seperti Ladang Hutan, Pengkayaan Hutan dan Lombong melibatkan kawasan Gua Musang yang kebanyakan dilakukan di kawasan Ulu Nenggiri,” katanya.

Beliau mempersoalkan pendirian kerajaan negeri dalam meluluskan kawasan hutan untuk syarikat besar, namun gagal menyelesaikan isu tuntutan hak milik tanah oleh penduduk setempat.

Begitu juga dalam hal kebajikan komuniti Orang Asli, kerajaan Kelantan dilihat seperti membiarkan komuniti itu tanpa pembelaan sewajarnya.

Jumlah pengundi dalam kalangan Orang Asli adalah lebih 2,000 dan tidak mustahil komuniti yang dipandang sebelah mata oleh kerajaan Kelantan ini akan memberi pengajaran dalam PRK Nenggiri, Sabtu ini.

Related Posts

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BARISAN Nasional (BN) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment