Khamenei syahid dalam serangan AS, Iran umum berkabung 40 hari

TEHRAN – Media Iran melaporkan pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, dipetik dari Al Jazeera.

Agensi berita Tasnim dan Fars mengesahkan kematian tokoh yang memainkan peranan penting dalam negara Revolusi Islam itu.

Khamenei, 86, syahid di pejabatnya ketika sedang ‘melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya’ pada awal pagi Sabtu, lapor Fars Iran.

Anak perempuan, cucu, menantu perempuan dan menantu lelaki Pemimpin Agung Iran berkenaan turut terkorban.

Susulan itu, kerajaan Iran mengisytiharkan 40 hari berkabung serta cuti umum selama tujuh hari.

Sementara itu, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menyifatkan kematian Khamenei sebagai ‘kehilangan seorang pemimpin agung dan kami meratapi pemergiannya’.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa ‘kesyahidan Khamenei di tangan pengganas paling kejam dan algojo kemanusiaan adalah tanda legitimasi pemimpin agung ini serta pengiktirafan terhadap khidmat ikhlas beliau’.

IRGC menambah bahawa ‘tangan pembalasan rakyat Iran… tidak akan melepaskan mereka’ selain menyatakan pendirian akan terus ‘teguh dalam menghadapi konspirasi dalam dan luar negara’.

Khamenei mengambil alih kepimpinan Republik Islam pada 1989 selepas kematian Ayatollah Ruhollah Khomeini.

Sebelum bergelar Pemimpin Tertinggi, beliau memimpin Iran sebagai presiden ketika negara itu berdepan perang berdarah dengan Iraq pada era 1980-an.

Menurut sumber dalaman IRGC, Mojtaba Khamenei – anak lelaki Khamenei – dinamakan sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu.

Related Posts

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

PERKEMBANGAN konflik terbaharu melibatkan Israel, Iran dan Amerika Syarikat sekali lagi menguji emosi umat Islam di seluruh dunia. Imej peperangan, korban awam dan ketegangan geopolitik secara semula jadi membangkitkan rasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

TEHRAN – Iran mengumumkan penubuhan majlis khas dianggotai Presiden Masoud Pezeshkian, ketua badan kehakiman, dan seorang ulama Majlis Pengawal bagi memantau peralihan kuasa susulan kematian Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu Tawau bubar, Ting Khai bersama 16 Jawatankuasa Bahagian keluar parti

Bersatu Tawau bubar, Ting Khai bersama 16 Jawatankuasa Bahagian keluar parti

Miri terus diperkasa sebagai gerbang pelancongan Sarawak

Miri terus diperkasa sebagai gerbang pelancongan Sarawak

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

Islam tidak pernah dimonopoli: Menilai konflik Iran–Israel dan kematangan Islam Malaysia

Malaysia Airlines gantung semua penerbangan Doha, Jeddah, Madinah

Malaysia Airlines gantung semua penerbangan Doha, Jeddah, Madinah

Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

Iran tubuh Majlis Khas pantau peralihan kuasa

Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050

Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050