KGBS rakam terima kasih KPM terima peruntukan lebih tinggi, RM64.1 bilion

KUCHING – Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapat peruntukan RM64.1 bilion pada tahun hadapan berbanding RM58.7 bilion tahun ini.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Zulkiflee Sebli berkata, kesatuan amat berterima kasih atas pertambahan peruntukan untuk sektor pendidikan itu.

“Kita pasti peruntukan ini satu kelegaan kepada KPM untuk membangunkan prasarana terbaik demi pendidikan anak-anak selain keselesaan kepada warga sekolah menjalankan PdPc,” ujar Zulkiflee.

Tambah Zulkiflee, pembelajaran abad ke-21 dalam konteks Sarawak ialah suatu transformasi dalam dunia pendidikan iaitu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada kaedah PdPc yang lebih kreatif dan dinamik dengan menyediakan kandungan pembelajaran yang lebih relevan dan sesuai dengan perkembangan semasa.

“Dengan adanya bajet yang besar ini pasti akan memberi keterujaan kepada murid-murid untuk menjadikan sekolah sebagai syurga mereka,” kata Zulkiflee.

Ujar Zulkiflee lagi, penambahbaikan liputan internet, penyelenggaraan kantin dan juga surau pasti akan lebih menceriakan keadaan sekolah.

“PdPc juga akan lebih berjalan lancar tanpa ada gangguan internet serta memberi lebih banyak idea kepada guru.

“Kita maklum bahawa banyak kipas angin siling yang sudah rosak di sekolah dan usia kipas angin tersebut hampir sama dengan usia sekolah.

“Bajet menyelenggara kantin dan kelas ini boleh diagihkan untuk menukar kipas angin yang baru,” kata Zulkiflee kepada The Malaysia Press.

Selain penyelenggaraan kipas angin ini, kata Zulfiklee, pihak KGBS mencadangkan juga setiap sekolah khususnya di pedalaman Sarawak dan Sabah yang masih berstruktur kayu dibekalkan dengan alat pemadam api tambahan dan bajet untuk penyelenggaraannya sekali.

Tambah Zukiflee, terdapat sesetengah sekolah, kemudahan alat pemadam api langsung tidak pernah diselenggara sejak mula dibekalkan disebabkan bajet yang terhad.

“KGBS juga berharap pada bajet akan datang, setiap Zon Sekolah dibina satu stadium mini bagi memudahkan sekolah-sekolah yang berada dalam zon berkenaan untuk mengadakan Hari Sukan Sekolah,” ujar Zulkiflee.

Jelas Zulkiflee, stadium mini ini cukup sekadar dengan trek sintetik 400 meter dan lengkap dengan peralatan ini boleh dibina di sekolah yang masih mempunyai kawasan tanah yang luas.

“Stadium-stadium mini ini nanti akan mengurangkan perebutan sekolah-sekolah untuk mengadakan sukan sekolah.

“KGBS berharap stadium mini akan dimasukkan dalam bajet akan datang,” kata beliau lagi.

“Sebagai kesatuan guru yang menjaga kebajikan guru-guru khususnya di Sarawak, KGBS sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas bajet yang tertinggi ini dan berharap agar agihan dan penyalurannya nanti dipermudahkan.

“Sekolah-sekolah juga dinasihat agar menyediakan data lengkap berkenaan kerosakan dan kemudahan yang perlu diselenggara agar bila wakil Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turun padang, semua data dan maklumat berkaitan dapat diberikan,” ujar beliau lagi.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar