Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

SIBU – Kemahiran dalam ilmu bantuan kecemasan seperti resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan pertolongan cemas asas mampu menyelamatkan nyawa ketika situasi kecemasan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Menurutnya, penguasaan ilmu tersebut bukan sahaja menambah pengetahuan, malah mencerminkan semangat keberanian dan keprihatinan terhadap masyarakat.

“Apabila kita melengkapkan diri dengan latihan seperti CPR dan pertolongan cemas, kita bukan sahaja memperoleh kemahiran, tetapi turut membina keberanian untuk bertindak serta menunjukkan belas ihsan ketika orang lain berada dalam kesusahan. Inilah erti sebenar khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Bantuan Kecemasan anjuran Komuniti MADANI Norkiah dan Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian Bawang Assan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Sibu, di Ibu Pejabat PBSMM Cabang Sibu, di sini, hari ini.

Wong turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur dan tenaga pengajar yang telah menganjurkan kursus tersebut dengan jayanya, selain mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan dan petugas kesihatan atas kesudian mereka berkongsi ilmu dan kepakaran.

Sementara itu, Pengerusi PBSMM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee berkata, ilmu pertolongan cemas seharusnya dianggap sebagai kemahiran asas dalam kehidupan moden.

“Empat minit pertama dalam kecemasan boleh menentukan hidup atau mati. Pertolongan cemas bukan sesuatu yang rumit tetapi cukup penting untuk menyelamatkan nyawa,” ujarnya.

Jelas beliau, PBSMM Cabang Sibu berhasrat agar setiap isi rumah mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang tahu cara bertindak dalam kecemasan.

Turut hadir Pengerusi PDP Bahagian Bawang Assan merangkap Pengerusi Komuniti MADANI Norkiah, Kaunselor Wong Hua; Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Zaini Morshidi; Pegawai Penerangan JKOM Sibu, Fatimah Firdaus; dan Penolong Pengarah SKMM Sibu, Audrey Gerry.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan