Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh mulakan lawatan rasmi ke Malaysia

KETUA penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus, memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai hari ini, dengan menerima sambutan rasmi di Dataran Kompleks Perdana Putra.

Ketibaan beliau disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum menandatangani buku pelawat dan mengadakan mesyuarat dua hala.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul serta barisan Menteri Kabinet.

Muhammad Yunus tiba di Malaysia semalam atas jemputan Anwar, sebagai lawatan balas kepada kunjungan rasmi Perdana Menteri ke Bangladesh pada Oktober 2024.

Menurut kenyataan Wisma Putra, kedua-dua pemimpin dijangka menilai kemajuan hubungan Malaysia–Bangladesh, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, tenaga kerja, pendidikan, pelancongan dan pertahanan, selain membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Kedua-dua pihak juga dijangka menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan, tenaga, kajian strategik dan antarabangsa, pembangunan kapasiti dalam bidang semikonduktor dan promosi perdagangan, serta pertukaran Nota Diplomatik dalam bidang latihan diplomatik dan pendidikan tinggi.

Esok, Muhammad Yunus dijadual menyampaikan syarahan umum dan menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Perniagaan Sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau turut akan menghadiri sesi bersama komuniti Pusat Perniagaan Sosial Yunus dan Rangkaian Universiti dalam program anjuran bersama UKM.

Pada tahun 2024, jumlah dagangan antara Malaysia dan Bangladesh mencecah RM13.35 bilion (AS$2.92 bilion), meningkat 5.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bangladesh merupakan rakan dagang dan destinasi eksport kedua terbesar Malaysia di Asia Selatan.

Eksport utama Malaysia merangkumi produk petroleum, minyak sawit dan bahan kimia, manakala import dari Bangladesh terdiri daripada tekstil dan pakaian, produk petroleum serta barangan pembuatan.

Lawatan ini dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan merangsang kerjasama yang lebih erat dalam bidang yang memberi manfaat bersama, berdasarkan asas kukuh yang telah terbina sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1972.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar