Ketegangan Asia Barat: Anwar seru pendekatan diplomasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya mengekalkan sikap menahan diri dan mengutamakan pendekatan diplomasi susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau Teluk dan Asia Barat.

Perdana Menteri berkata, seruan itu selaras dengan pendirian bipartisan yang berprinsip diambil oleh Parlimen Malaysia dalam menangani perkembangan konflik berkenaan.

“Saya terdorong dengan seruan agar mengekalkan kewaspadaan yang telah muncul daripada pihak tertinggi di Iran di tengah konflik yang berterusan di negara Teluk dan Asia Barat.

“Seruan itu wajar diambil dengan serius dan dihormati. Sentiasa ada suara yang menggesa pendekatan lebih tegas, tetapi sejarah jarang menyebelahi mereka yang memilih eskalasi berbanding rundingan apabila pintu dialog masih terbuka dan untuk menjaganya, ia memerlukan keberanian sebenar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Anwar, perkembangan konflik berkenaan menimbulkan kebimbangan apabila skop serangan dilaporkan semakin meluas sehingga memberi kesan kepada beberapa negara di rantau Teluk.

Beliau berkata, serangan berulang dilaporkan menjejaskan negara seperti Bahrain, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Katanya, situasi itu juga mula merebak ke luar rantau Teluk dengan beberapa negara lain turut terkesan, termasuk Azerbaijan, Jordan dan Turkiye.

“Kemudahan tenaga, pemasangan bekalan air serta infrastruktur lain yang menjadi kebergantungan jutaan manusia untuk kehidupan harian turut menjadi sasaran. Laluan utama minyak dunia dan perkapalan antarabangsa melalui perairan ini. Gangguan di kawasan tersebut membawa kesan yang jauh melangkaui rantau berkenaan,” katanya

Sehubungan itu, beliau menegaskan Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha yang sah bagi menghentikan permusuhan melalui rundingan dan pendekatan diplomatik.

Pada masa sama, Anwar turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak segera dan berkesan bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa serta implikasi yang lebih luas kepada negara lain.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal