Kes jenayah komersial di Pahang meningkat 59 peratus

KUANTAN – Laporan membabitkan jenayah komersial di Pahang menunjukkan peningkatan 59 peratus dengan nilai kerugian mangsa sebanyak RM95 juta sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, sebanyak 1,776 tangkapan dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), meningkat 151 berbanding tahun sebelumnya.

“Kalau mengikut statistik kadar pertuduhan, sebanyak 929 kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah dan daerah Kuantan mendominasi kadar pertuduhan iaitu sebanyak 292.

“Data-data ini menunjukkan JSJK Pahang mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) pertuduhan yang ditetapkan Pengarah JSJK iaitu 53.1 peratus,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulan Januari Tahun 2025 di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, hari ini.

Yahaya berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merekodkan 12,4666 kes dengan jumlah tangkapan sebanyak 13,814 atas pelbagai kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah pada tahun lalu.

Nilai rampasan dadah pula, katanya, menunjukkan peningkatan sebanyak RM7 juta berbanding tahun 2023.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri