AMK Pulau Pinang tepis dakwaan jahat terhadap MAINPP

GEORGE TOWN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menepis dakwaan terhadap Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) serta peranan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, yang disifatkan sebagai tohmahan berniat jahat.

Ketua AMK Pulau Pinang, Fadzli Roslan berkata, peningkatan kutipan zakat hampir RM170 juta pada 2024 adalah bukti kepercayaan rakyat terhadap pengurusan MAINPP yang cekap dan sistematik.

Fadzli turut menyangkal dakwaan penurunan jumlah pembayar zakat, dengan menegaskan semua data perlu diteliti secara saintifik, bukan berdasarkan spekulasi.

“Tindakan menuduh kejayaan ini hanya bersandarkan kesedaran individu adalah tidak adil. Di bawah pentadbiran YB TKM1, pendekatan strategik termasuk pelan penstrukturan, program proaktif, dan inovasi dalam saluran pembayaran telah meningkatkan capaian pembayar zakat,” katanya dalam satu kenyataan media.

“Pentadbiran MAINPP konsisten meluaskan capaian kepada kumpulan yang belum menunaikan zakat, disokong oleh langkah pengurusan yang lebih telus dan efisien. Sebarang perubahan statistik harus dianalisis dengan mengambil kira faktor demografi, ekonomi, dan tahap kesedaran masyarakat.

Menurut Fadzli, tuduhan bahawa dana wakaf disalah guna untuk tujuan populariti adalah tidak bertanggungjawab dan menggesa pihak yang membuat tuduhan sedemikian untuk mengemukakan bukti konkrit serta berhenti menyebarkan fitnah yang boleh memecahbelahkan masyarakat.

“MAINPP sentiasa mengutamakan integriti dalam pengurusan wakaf melalui kerangka tadbir urus yang diaudit secara profesional dan mematuhi syariat Islam. Semua dana digunakan untuk manfaat komuniti dan pembangunan ummah, selari dengan matlamat amanah wakaf.

“Selain itu, isu pelantikan berunsur nepotisme juga tidak mempunyai asas dan hanya bertujuan untuk mencemarkan kredibiliti MAINPP. Setiap pelantikan dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman, dan keperluan organisasi.

“Sebarang tuduhan mengenai publisiti politik dalam program bantuan adalah tidak tepat kerana program ini dilaksanakan secara kolaboratif dengan pelbagai pihak dan sentiasa diaudit malah keberkesanan agihan dapat dibuktikan melalui laporan agihan harian yang telus dan dikongsi secara terbuka melalui saluran rasmi Zakat Pulau Pinang,” ujarnya.

Fadzli menyifatkan Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid sebagai pemimpin yang berwibawa dan berintegriti, malah sebarang dakwaan yang mempersoalkan latar belakang profesional beliau disifatkan sebagai usaha mengalihkan perhatian daripada kejayaan pentadbiran beliau.

“AMK Pulau Pinang dengan tegas berdiri menyokong kepimpinan YB TKM1 dan usaha MAINPP dalam memperkukuhkan institusi agama di negeri ini. Dakwaan tidak berasas hanya mengundang perpecahan, mengganggu fokus agenda pembangunan ummah, dan menanam fitnah dalam kalangan masyarakat.

“Jangan jadi api dalam sekam yang membakar dalam diam, akhirnya menghancurkan ummah dan menjahanamkan nilai perpaduan,” tambahnya.

Sebelum ini, satu dakwaan tidak berasas dilemparkan terhadap MAINPP yang mempersoalkan tentang pengurusan MAINPP dan peranan TKM 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang merangkap Yang Dipertua MAINPP.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar

Respons pantas bomba padam kebakaran belukar