Kertas siasatan kes Zara Qairina dirujuk semula kepada AGC

KERTAS siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, akan dirujuk semula kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) esok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, tindakan itu diambil bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut selepas siasatan tambahan selesai dilaksanakan oleh Pasukan Khas JSJ Bukit Aman.

“Sehingga kini, seramai 195 saksi telah dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Mereka terdiri daripada pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan, ibu bapa serta pihak lain yang relevan dengan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, siasatan polis memfokuskan kepada dua elemen utama, iaitu aspek inkues dan kemungkinan wujudnya perlakuan jenayah lain seperti buli serta penularan berita palsu.

M Kumar turut menyeru masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mencetuskan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian.

Beliau menegaskan bahawa proses siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh