Kerjasama PH-BN lebih erat di Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan kerjasama jentera antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap paling erat pernah berlaku semenjak kedua-duanya menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan.

Nazmi berkata, kerjasama itu nyata menampakkan kesan apabila banyak program yang diatur oleh PH-BN mendapat sambutan yang baik daripada penduduk setempat.

“Saya ingat dalam tempoh kita membentuk Kerajaan Perpaduan, ini kerjasama yang paling erat. Jadi insya-Allah, ini akan bantu kita (PH) menuju ke hari pengundian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Durian dan Buah-buahan Tempatan anjuran Jabatan Pertanian Pulau Pinang di Sungai Jawi, di sini pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, berbaki enam hari lagi tempoh berkempen, usaha untuk menerangkan dasar kerajaan dan tawaran khusus untuk Sungai Bakap akan diteruskan bagi menyakinkan lebih ramai pengundi.

“Kita tidak seperti pembangkang memainkan sentimen dengan membawa isu-isu nasional ke sini. Penduduk di sini mahukan satu penyelesaian kepada masalah yang dihadapi selama ini, tidak dapat ditawarkan oleh pembangkang selama mana mereka menjadi wakil rakyat.

“Jadi memandangkan kita (Kerajaan
Perpaduan) adalah pemerintah di peringkat Persekutuan maka kami yakin mampu meniadi jambatan antara masyarakat di sini dan juga kerajaan negeri,” katanya seperti dilapor Bernama.

PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH, Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Suruhanaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding pada 22 Jun lepas hingga jam 11.59 malam, 5 Julai ini.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu