Kerjasama pemain industri, kerajaan pacu pelancongan Tawau

TAWAU – Kerjasama erat antara pemain industri pelancongan dan kerajaan dilihat sebagai kunci utama untuk memastikan sektor pelancongan di daerah ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Jafry Ariffin berkata, hasil sesi libat urus dijalankan, didapati kurangnya kerjasama dan penyelarasan untuk memasarkan produj pelancongan Tawau.

Beliau berkata, aspek kreativiti dalam menawarkan pakej dan pengalaman baharu kepada pelancong juga perlu dipertingkatkan agar destinasi di daerah ini lebih kompetitif.

“Jadi saya bincang dan mendengar serta bertukar-tukar pandangan dan yang saya lihat perlu disepadukan untuk memastikan produk-produk dapat dipasarkan. Itu yang penting.

“Di Tawau ini saya rasa mampu menawarkan pakej-pakej yang baik dan menarik untuk para pelancong sama ada dalam atau di luar negara,” katanya kepada media selepas Sesi Libat Urus Kementeriannya bersama Pemain industri pelancongan Tawau, di sini, pada Rabu.

Pada sesi libat urus itu, Majlis Perbandaran Tawau, Kementerian Pelancongan, seni dan budaya (MOTAC) dan Pertubuhan Pelancongan Tawau menyampaikan taklimat kepada pemain Industri Pelancongan daerah ini.

Antara pengisian yang di kongsikan termasuklah pelbagai insentif dan bantuan (geran) kepada pengusaha pelancongan serta keperluan lesen operasi pelancongan.

Mengenai isu kebersihan di Semporna, Jaffy berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan beberapa langkah perlu diambil termasuklah melaksanakan zoning sekiranya perlu.

“Saya akan bertegas kalau perlu buat zoning, buat zoning. Setiap minggu, setiap dua tiga hari pastikan kawasan di persekitaran Semporna dapat dibersihkan.

“Minta PBT, Pegawai Daerah untuk pastikan sebab kita mahu menjaga keindahan, kita mahu menjaga sektor pelancongan.

“Kalau kita gagal menyelesaikan masalah ini, mungkin kita akan kehilangan sektor yang membawa banyak pulangan kepada negeri dan juga rakyat kita,” tegasnya.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16