Kerjasama pasukan penentu kecemerlangan organisasi

KOTA KINABALU – Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada pekerja dan corak pentadbiran organisasi dalam mengamalkan semangat berpasukan.

Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS), Datuk Japlin Akim berkata, pihaknya sentiasa komited dalam memastikan semua kakitangan akan terus memberikan usaha jitu dalam menjayakan misi CIS.

“Sebagai sebuah Government-Linked Company (GLC), pastinya kita ada tanggungjawab dan amanah untuk negeri kerana syarikat ini adalah syarikat yang menjadi antara satu daripada berpuluh atau beratus GLC lain yang mesti menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sambutan Tahun Baru Cina Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd di Sepanggar pada Rabu.

Japlin berkata, CIS merupakan penerima Anugerah Top 10 Pengguna Kuasa Besar (Sabah Electricity Top 1 Large Power Consumer) 2024 yang mana ia merupakan satu pencapaian besar bagi syarikat.

“Sebagai salah satu syarikat GLC di Sabah, anugerah yang pertama kali diterima itu juga pencapaian yang membanggakan kepada seluruh kakitangan syarikat.

“Kita berharap Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) akan terus mengekalkan prestasi dengan baik dalam membekalkan elektrik yang mencukupi secara konsisten,” katanya.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti
  • YnomYnom
  • December 8, 2025

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang