Kerjasama digital Malaysia-India diperkukuh

PUTRAJAYA – Majlis Digital Malaysia-India (MIDC) dirasmikan bagi memacu perdagangan digital, pertukaran teknologi serta mobiliti bakat antara kedua-dua negara.

Penubuhan majlis ini menyusul pertemuan antara Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Menteri Elektronik serta Teknologi Maklumat India, Ashwini Vaishnaw, semasa Pravasi Bharatiya Divas (PBD) ke-18 di Bhubaneswar, India.

Gobind menerusi satu kenyataan berkata, inisiatif itu mencerminkan perkembangan signifikan dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, mengukuhkan jalinan budaya sambil membuka peluang luas dalam inovasi digital serta ekonomi.

“Melalui MIDC, kami berhasrat membangunkan ekosistem yang menyokong pertumbuhan bersama, pembangunan bakat serta kemajuan teknologi di Malaysia dan India,” katanya.

Kementerian Digital memaklumkan bahawa majlis itu akan menggalakkan perkongsian pengalaman, pertukaran kepakaran teknikal, serta kerjasama dalam dasar dan kawal selia berkaitan teknologi digital.

Majlis tersebut juga bakal meneroka peluang kerjasama perniagaan antara persatuan industri kedua-dua negara, memperkukuh hubungan antara pemula niaga dan perusahaan kecil dan sederhana, serta mempromosikan program peningkatan kemahiran bakat dalam teknologi digital yang berkembang pesat.

“Mesyuarat pertama MIDC dijadualkan berlangsung pada separuh pertama tahun ini bagi merangka program dan inisiatif strategik yang boleh dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Related Posts

UEC bukan kurikulum kebangsaan, tiada keperluan diiktiraf

PUTRAJAYA – Tiada keperluan untuk kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan langkah itu tidak selari dengan objektif dalam memperkasa sistem pendidikan kebangsaan. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan negara perlu dimanfaat dalam memperkasa pembangunan, kebajikan rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan politik negara kembali stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang berlangsung pada November 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu harus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam