Kerjasama Acacia Power, NextChem S.p.A buka peluang Sarawak terokai tenaga boleh diperbaharui

KUCHING – Kerjasama antara Acacia Power dengan NextChem S.p.A membuka peluang kepada Sarawak untuk menerokai tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, teknologi baharu ini membolehkan Sarawak melangkah lebih jauh untuk menerokai sumber tenaga boleh diperbaharui.

“Sarawak mempunyai sumber yang banyak masih belum dikenal pasti dan berpotensi dijadikan tenaga boleh diperbaharui.

“Sebagai contoh, penemuan rumput Napier sebagai sumber tenaga baharu berjaya dilakukan dengan wujudnya teknologi terkini,” ujar beliau.

Tambah beliau, penemuan ini dapat dilakukan dengan teknologi baharu biarpun tiada siapa terfikir rumput Napier mampu dijadikan tenaga boleh diperbaharui.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Acacia Power Sdn Bhd bersama NextChem S.p.A di Hikmah Exchange pada Isnin.

Abang Johari mengulas perkara lebih lanjut bidang ini berpotensi untuk mengurangkan kos pengeluaran hidrogen pada masa hadapan.

“Seperti kos pengeluaran tenaga solar yang kini sudahpun menurun sebanyak 80 peratus dalam tempoh 10 tahun,” jelas beliau.

Tambah beliau, pengeluaran hidrogen secara besar-besaran mungkin dapat dilakukan pada masa sekarang dan akan ada kemajuan teknologi mengenai elektrolisis.

“Jika itu berlaku, maka ada kemungkinan kos akan dikurangkan sebanyak 50 peratus menjelang 2030 seperti diramal oleh pihak Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA),” kata beliau.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik