
MIRI – Empat pekerja dilaporkan tercedera akibat letupan berlaku di dapur pembakaran kayu.
Difahamkan tiga mangsa melecur tahap sederhana, manakala seorang mangsa yang dikenali sebagai Dai Jiong Huo merupakan warga China tercedera teruk.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 10.42 pagi.
“Setibanya di lokasi, kebakaran di dapur pembakar kayu dalam keadaan terkawal.
“Selain itu, empat mangsa didapati tercedera dan sempat dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan awal.
Punca kejadian kebakaran tersebut masih dalam siasatan.




