Kerja senyap, bantuan tetap jalan demi mangsa banjir

BINTULU – Setiap wakil rakyat mempunyai peranan tersendiri dalam menguruskan bencana banjir yang melanda kawasan Sebauh, sama ada menerusi tinjauan lapangan mahupun memastikan kelancaran penyelarasan bantuan di peringkat pentadbiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ADUN Kemena, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom sendiri telah turun padang meninjau situasi semasa bagi memastikan keperluan penduduk terjejas dapat disalurkan segera.

Menurutnya, gerak kerja membantu mangsa banjir dilaksanakan menerusi kerjasama erat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu dan agensi berkaitan agar bantuan tiba secara sistematik, termasuk di kawasan sempadan.

“Walaupun pendekatan setiap ADUN mungkin berbeza, namun matlamat kami tetap satu iaitu mengutamakan kebajikan rakyat.

“Tidak semua bentuk bantuan perlu dihebahkan kepada umum. Sebahagian besar melibatkan kerja berterusan seperti penyelarasan logistik dan tindakan pentadbiran yang berjalan tanpa liputan media,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iskandar menegaskan bahawa kesemua wakil rakyat sedang komited melaksana tanggungjawab masing-masing dalam mendepani bencana tersebut.

“Kita berharap banjir ini akan beransur reda. Marilah kita terus bersabar dan yakin bahawa segala usaha sedang giat dilakukan demi kebaikan bersama,” ujarnya lagi.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

TANJUNG MALIM – Penduduk di Gunung Besout kini menikmati akses perkhidmatan kesihatan yang lebih pantas apabila sebuah ambulans baharu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Gunung Besout, di sini sekali gus memperkukuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

SANDAKAN – Kerajaan merancang menambah sekurang-kurangnya 81 lagi Wellness Hub di seluruh negara, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 119 hab kesihatan komuniti pada masa hadapan. Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan