Kerja naik taraf Kompleks Sukan Sandakan dijangka libat pembinaan bumbung kolam renang

SANDAKAN – Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan meminta agar isu bumbung kolam renang di Kompleks Sukan Sandakan diberi perhatian dalam pelaksanaan kerja naik taraf yang dijadualkan tahun ini.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa dewan gimnasium serta kolam renang di kompleks berkenaan termasuk dalam senarai kerja yang akan ditawarkan melalui tender pada tahun ini.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan supaya skop kerja turut merangkumi pembinaan bumbung kolam renang yang ketika ini berada dalam keadaan terbuka.

“Saya meminta agar kolam renang ini diberi perhatian khusus supaya ia dimasukkan dalam skop kerja tawaran tender tahun ini.

“Ini penting bagi memberi keselesaan kepada orang ramai dan khususnya atlet-atlet Sabah yang menggunakan kemudahan tersebut,” katanya ketika ditemui media selepas melawat Kompleks Sukan Sandakan dan Arena Belia Sandakan, di sini, pada Rabu.

Nizam berkata, Sandakan merupakan antara daerah yang banyak melahirkan atlet berprestasi tinggi yang telah mengharumkan nama negeri dan negara di pelbagai peringkat.

Beliau turut berkongsi bahawa ketika menghadiri Sukan Para ASEAN (APG) 2025 di Korat, Thailand, seorang atlet para renang dari Sandakan, Wahyu Eqwal Nazrey, berjaya meraih tempat kedua dalam acara yang disertai negara-negara ASEAN.

“Itu satu pencapaian yang sangat baik dan membanggakan.

“Tanggungjawab kita ialah menyediakan kemudahan, platform dan venue yang selesa agar ia menjadi suntikan semangat kepada atlet untuk terus berlatih bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat