LAWAS – Satu kemalangan kereta hilang kawalan lalu terbabas ke sungai di Kampung Awat-Awat, Jalan Awat-Awat.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kenderaan yang dinaiki seramai 10 orang iaitu lapan pelajar SK Agama (MIS) Lawas, satu kanak-kanak berusia 5 tahun merupakan anak pemandu lelaki berusia 38 tahun.
Difahamkan tiga mangsa kanak-kanak dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar Lawas oleh orang awam dan terus dibawa Hospital Lawas bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Selain itu, tujuh mangsa termasuk pemandu berjaya menyelamatkan diri dan keluar dari kenderaan tersebut.
Maklumat terkini mendapati tiga mangsa iaitu Muhd Nazran 10 tahun, Eryna Akifa, 8, dan Mohd Fayard, 5, telah meninggal dunia di Hospital Lawas.
Manakala mangsa iaitu Madieenatul Munawarah berusia 9 tahun terpaksa mendapatkan rawatan kritikal di Hospital Miri.
Pihak Bomba juga membuat selaman di permukaan di sekitar kenderaan bagi memastikan semua mangsa terselamat.







