Kereta jadi rumah lepas kena tipu, Steven Sim tampil bantu 7 sekeluarga

KESUKARAN hidup tujuh sekeluarga yang tinggal dalam kereta selepas ditipu tuan rumah, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.

Steven tampil membantu menyediakan rumah dan mendapatkan pekerjaan buat si bapa.

Menerusi perkongsian di Facebook, Steven yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, lelaki dikenali Hilmi, sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori dan mahu membawa keluarganya berpindah dari Kelantan ke Pulau Pinang termasuk menyewa sebuah rumah yang lebih selesa untuk mereka.

Namun malangnya, mereka ditipu tuan rumah dan dihalau selepas deposit sewa dibayar.

“Maka dari situ bermulalah kisah derita keluarga muda ini. Mereka tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta usangnya.

“Bumbung ada, cermin tingkap tiada, malah cermin belakang pun dah pecah. Nak baiki tidak mampu jadi tutup dengan plastik putih dililit pelekat.

“Oleh sebab hidup berkelana dalam kereta usang, Hilmi akhirnya terpaksa melepaskan kerja sebagai pemandu lori tetapi Hilmi tidak berputus asa.

“Kereta usang yang jadi rumah itu, kereta itu juga dibawa ke sana ke sini buat Lalamove,” menurut hantaran Steven.

Beliau berkata, anak pasangan itu berumur 2 hingga 9 tahun dan dua daripada mereka terpaksa berhenti sekolah disebabkan masalah dihadapi mereka.

Tersentuh dengan kisah dilalui mereka, beliau mencarikan rumah baharu dengan bantuan sewa setahun, membelikan perkakasan rumah dan mendapatkan kerja buat Hilmi di sebuah syarikat lori manakala anak-anaknya dibantu untuk bersekolah semula.

“Bila saya serahkan kunci rumah, Hilmi pula menitiskan air mata dan saya sempat titipkan (kata-kata) kepadanya usah bersedih, kini masanya untuk membina semula kehidupan.

“Malam ini saya gembira mengetahui Hilmi dan isteri, Yani (serta anak-anak mereka) tidak lagi hidup berbumbungkan langit beralaskan kain usang di tepi jalan,” katanya.

Related Posts

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama