Kereta elektrik Proton e.MAS 7 jadi kenderaan rasmi Asean 2025

KUALA LUMPUR – Kenderaan elektrik (EV) pertama nasional, Proton e.MAS 7 keluaran Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) bakal menjadi kenderaan rasmi Malaysia sempena kepengerusian Asean 2025.

e.MAS 7 yang dilancarkan pada 16 Disember 2024 merupakan kereta mesra alam nasional yang menjadi bukti kemampuan Malaysia menghasilkan kereta elektrik bermutu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan dilakar Proton sehingga ke tahap ini.

“e.MAS 7 akan menjadi kenderaan rasmi ketika Malaysia menjadi Pengerusi Asean 2025. e.MAS.7 model EV diharapkan ia dapat mempromosi kemampuan kita menghasilkan kereta elektrik bermutu.

“Malaysia mahu menjadi contoh kepada rantau Asean dalam usaha mempromosikan kemampuan membangunkan sifar karbon.

“Setinggi kesyukuran kerana kita catat sejarah gemilang bukan sahaja angkat martabat Proton dan Geely tapi imej keupayaan negara terutama rakyat Malaysia dalam menghasilkan kejayaan ini,” katanya ketika menyempurnakan perasmian di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Isnin.

Dalam pada itu Anwar turut mengimbas kembali pasang surut yang perlu ditempuh Proton sebelum ini dengan menyifatkan kejayaan hari ini hasil pengajaran yang telah diperbaiki.

“Seperti mana saya pernah katakan dulu bahawa Proton ada sejarah gemilang. Ia diasaskan semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (keempat), ada pasang surut yang mencabar.

“Namun pengajaran kita peroleh ialah kita harus akui bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk beri bantuan dan kerjasama, tidak masuk campur dan bebaskan mereka dengan penyelidikan, latihan dan tatakelola ke tahap lebih baik,” katanya.

Harga e.MAS 7 bermula RM105,800 untuk 345km; RM119,800 untuk 410km dan RM123,800 untuk 410km.

Related Posts

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang keputusan unilateral boleh dibuat berhubung Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan air tersebut. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin