Kerajaan teliti langkah tangani isu kos barangan, bahan api

​KUALA TERENGGANU – Kerajaan akan terus meneliti langkah serta kaedah bersesuaian bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang dialami ketika ini.

​Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited dalam mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya terdapat keperluan melaksanakan langkah tambahan atau pelarasan pada masa hadapan.

​Menurutnya, ketika ini beberapa langkah berbentuk rangsangan sudah pun dilaksanakan bagi meringankan beban orang ramai, antaranya pengekalan harga minyak pada paras RM1.99.

​”Selain itu, bantuan diesel untuk sektor pengangkutan termasuk bas sekolah turut diberikan. Itu merupakan antara bentuk bantuan yang sedang dilaksanakan sekarang,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

​Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan pelarasan bajet atau pengenalan semula pakej rangsangan ekonomi dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

​Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa satu mesyuarat penting akan diadakan esok bagi menilai implikasi keselamatan negara, selain perbincangan di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) serta sekretariat ekonomi.

​”Esok akan diadakan mesyuarat melibatkan aspek keselamatan negara bagi menilai implikasi keselamatan, selain perbincangan di peringkat MTEN dan sekretariat ekonomi.

​”Usaha akan terus dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian sekiranya terdapat keperluan untuk sebarang langkah tambahan (bantuan),” jelas beliau.

Anwar sebelum itu meluangkan masa dalam lawatan kerja selama sehari di Terengganu.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori