Kerajaan teliti cadangan elaun pelajar matrikulasi

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan pemberian elaun kepada pelajar Tingkatan Enam seperti yang dinikmati pelajar matrikulasi ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu selari dengan langkah pengambilalihan sistem pendidikan prauniversiti membabitkan pelajar Tingkatan Enam dan matrikulasi oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan.

“Elaun Tingkatan Enam dengan matrikulasi, saya setuju untuk disamakan. Kita tengah teliti sebab keputusan dasar telah dibuat cuma hanya kaedah pelaksanaan (sedang dibincang),” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog sempena Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan Enam, di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini, hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri menjawab soalan pelajar Tingkatan Enam berkaitan sebab mereka tidak mendapat elaun seperti matrikulasi yang mana kedua-duanya pada tahap pendidikan prauniversiti serta kelebihan apabila Tingkatan Enam diletakkan di bawah KPT.

Ketika ini pelajar matrikulasi mendapat Bantuan Sara Hidup Pelajar Matrikulasi berjumlah RM250.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pelajar Tingkatan Enam perlu diletakkan di bawah KPT kerana ia sebahagian daripada kategori pasca persekolahan.

Justeru, beliau berkata, kemudahan termasuk pemberian biasiswa untuk pelajar prauniversiti seperti Tingkatan Enam atau matrikulasi harus disampaikan kepada pelajar.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, KPT akan mengambil alih sepenuhnya sistem pendidikan prauniversiti membabitkan Tingkatan Enam dan matrikulasi bermula tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, langkah berkenaan sekali gus menjadikan kedua-dua kelompok secara rasmi adalah pelajar pendidikan tinggi.

Related Posts

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengurusan dana kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperkemas bagi mengelakkan berlakunya salah guna serta penyelewengan. Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Kutipan dana kemanusiaan perlu dikawal elak penyelewengan

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI