Kerajaan tegas laksana pelarasan subsidi diesel walau dikritik

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mengambil langkah praktikal, termasuk penyasaran subsidi diesel walaupun menerima kritikan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, penyasaran subsidi diesel berjaya meningkatkan keyakinan pelabur, kestabilan pasaran saham dan memperkukuhkan pelaksanaan Akta Tanggungjawab Fiskal negara.

“Langkah ini memberi impak positif kepada pasaran… selepas kita buat penyasaran subsidi diesel, harga diesel turun sebanyak 40 sen.

“Ini memberikan keyakinan kepada pelabur dan menunjukkan komitmen kita terhadap reformasi ekonomi yang lebih kukuh,” katanya pada Forum Ilmuan Malaysia Madani di ibu negara, malam tadi.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Anthony Dass dilaporkan berkata, langkah berani kerajaan melaksanakan pembaharuan seperti rasionalisasi subsidi di samping pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara ini.

Katanya, hasil pembaharuan dijangka memperlihatkan pasaran saham tempatan pada separuh kedua tahun ini akan meningkat dengan kembalinya pelaburan portfolio asing.

Kerajaan pada Jun lalu mula melaksanakan penyasaran subsidi diesel membabitkan penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran.

Langkah itu bertujuan membendung ketirisan diesel subsidi yang berleluasa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada negara.

Kerajaan berbelanja sebanyak RM14.3 bilion untuk subsidi diesel pada 2023.

Secara keseluruhan, kerajaan masih memperuntukkan sebanyak RM58.1 bilion jumlah keseluruhan subsidi pada tahun ini dalam usaha membantu rakyat khususnya golongan rentan di negara ini.

Pemberian peruntukan itu mengikut sektor termasuk kepenggunaan, sara hidup, pendidikan, biasiswa pinjaman, sektor pertanian, faedah dan lain-lain.

Related Posts

Bung Moktar kritikal

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu. Sumber memaklumkan Adun Lamag yang kini di unit rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
20 penjawat awam tamat kursus AI di China

PUTRAJAYA – Seramai 20 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan berjaya menamatkan kursus intensif teknologi kecerdasan buatan (AI) selama enam bulan di China, semalam. Kumpulan itu turut disertai seorang pegawai Suruhanjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Jangan jadikan Albert Tei hero integriti, pemberi rasuah bukan ‘whistleblower’

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Penjawat awam Pahang dapat bonus 2 bulan

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Pemergian Bung beri kesan besar buat UMNO, BN dan rakyat Sabah – Zahid Hamidi

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

Bung agresif di Parlimen, di rumah teramat lembut – Shaheizy Sam

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

PM sifatkan Bung lantang perjuang hak rakyat

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah