Kerajaan takkan lulus sebarang permohonan ketika kempen, elak diputar belit pembangkang

KLUANG – Permohonan masyarakat India di Padang Tembak, Kluang supaya kerajaan membina kawasan tanah perkuburan India tidak akan diluluskan kerajaan ketika tempoh berkempen.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan, sebarang kelulusan ketika tempoh berkempen berisiko akan melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Saya ingin memaklumkan kenyataan-kenyataan kelulusan pada saat ini ketika kita sedang berkempen ini nanti akan diputar belit oleh pembangkang.

“Saya hanya memaklumkan perkara yang telah diluluskan sebelum ini dan saya dah umumkan sebelum ini
dan saya cuma buat pengumuman semula saja termasuklah perkara lain,” katanya kepada pemberita ketika meninjau lokasi pembesaran jalan di bandar Kluang, pada Rabu.

Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, sepanjang menjalankan kerja-kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota beliau juga menerima banyak permohonan daripada masyarakat setempat.

“Saya pergi ke pusat daerah mengundi (PDM) macam-macam mereka mohon, mohon itu, mohon ini.

“Macam-macamlah, 1001 macam boleh sebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkait Parti Urimai ketika ini memainkan isu kelewatan pembinaan kawasan tanah perkuburan kaum India dalam kalangan pengundi India di Padang Tembak, di mana penduduk mahu isu itu diselesaikan dengan segera.

Related Posts

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan apabila kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu sepakat mengekalkan sokongan demi menjamin kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

PUTRAJAYA – Malaysia menggesa semua pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk 10 rakyat negara ini yang kini ditahan tentera Israel.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Rakyat perlu faham istilah kesihatan, elak keliru penyakit

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong

Mubarak diarah kosongkan Balai Luak Undang Sungei Ujong