Kerajaan setuju petugas kesihatan dikecualikan waktu kerja syif

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberi pengecualian waktu bekerja syif bagi lima skim perkhidmatan kritikal di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan menetapkan waktu bekerja kepada 42 jam seminggu.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi satu kenyataan berkata, pengecualian itu membabitkan 82,637 petugas kesihatan merangkumi jururawat, jururawat masyarakat, pegawai perubatan di jabatan kecemasan, penolong pegawai perubatan dan pembantu perawatan kesihatan.

“Kerajaan mengambil maklum dan prihatin terhadap kebimbangan disuarakan petugas kesihatan berhubung pelaksanaan waktu bekerja syif 45 jam seminggu mengikut Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA),” kata JPA.

Keputusan itu dilakukan selepas kerajaan meneliti secara mendalam keperluan operasi dan hakikat tugas kritikal dijalankan petugas kesihatan yang terlibat secara langsung dalam menyelamatkan nyawa pesakit – dari katil ke katil – tanpa mengira masa.

“Kerajaan melihat tanggungjawab sedemikian menuntut kesiapsiagaan fizikal, mental dan emosi yang luar biasa.

“Langkah ini adalah komitmen kerajaan MADANI untuk terus mendengar dan mengambil tindakan terhadap suara serta kebajikan petugas kesihatan yang menjadi tunjang sistem kesihatan negara,” katanya lagi.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis