Kerajaan sedia RM200 juta untuk Jualan Rahmah Madani tahun ini

PROGRAM Jualan Rahmah Madani diteruskan tahun ini dengan tambahan peruntukan RM200 juta untuk diadakan setiap bulan di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Perkara itu dikongsi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali ketika berucap pada Jualan Rahmah di Taman Keramat, dekat Likas, hari ini

“Untuk tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah peruntukan daripada RM100 juta kepada RM200 juta untuk melaksanakan program ini di semua DUN.

“Barang-barang dijual itu ada subsidi daripada kerajaan dengan matlamat untuk membantu meringankan sedikit beban sara hidup rakyat, jadi kita akan buat di semua DUN tiap-tiap bulan,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Papar itu lagi, untuk mengetahui jadual program tersebut, orang ramai boleh mendapatkan maklumat di laman sesawang rasmi KPDN.

“Jadual kita sudah paparkan lebih awal, jadi boleh semak dan rancang di mana jualan itu diadakan untuk rakyat berbelanja. Jadi jangan lepaskan peluang,” katanya.

Related Posts

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KUANTAN – Kementerian Pendidikan (KPM) merancang untuk memperluas inisiatif Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) dengan penambahan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh sekolah lagi tahun hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi