Amanah pertimbang tindakan undang-undang terhadap Sanusi

ALOR SETAR – Parti Amanah Negara (Amanah) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan bahawa parti itu dilahirkan daripada DAP untuk memecahbelahkan Pas.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan parti itu diasaskan oleh bekas ahli Pas yang menolak arah tuju politik parti tersebut, sekali gus menolak dakwaan terbabit.

Mahfuz berkata, terdapat pelbagai dakwaan tentang asal usul penubuhan Amanah termasuklah ia ditubuhkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli sedangkan ia tidak benar.

“Sebenarnya, Amanah ditubuhkan oleh sekumpulan ahli-ahli Pas yang tidak boleh menerima pendekatan yang dibawa oleh Pas.

“Pendekatan ini membawa kepada permusuhan dan perbalahan dalam kalangan umat Islam dan sesama masyarakat pelbagai kaum,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada penerima pada Program Kembali ke Sekolah Pertubuhan Peduli Aman di Langgar, di sini, hari ini.

Beliau berpandangan, Pas terus berpegang kepada pendirian terbabit sehingga kini dan tidak melakukan sebarang perubahan.

“Jadi, kami akan serahkan kepada pihak peguam untuk melihat kenyataan Muhammad Sanusi itu, apakah boleh diambil tindakan ataupun tidak,” katanya.

Mahfuz berkata, kenyataan dikeluarkan Sanusi adalah percubaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam dengan mencipta persepsi bahawa Amanah ditubuhkan oleh DAP selepas mengaitkan DAP dengan ideologi anti-Islam.

Sebelum ini, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas mendakwa Amanah ditubuhkan DAP pada tahun 2015 sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk melemahkan Pas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Ummah Selamatkan Malaysia di Kompleks Pas Kedah pada Jumaat malam.

Dalam ucapannya itu, Muhammad Sanusi turut mendakwa Amanah hanya menumpang sokongan DAP dan logo parti tersebut ditiru dari parti politik lain di India.

Related Posts

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

PUTRAJAYA – Terdapat keperluan buat Kementerian Pendidikan (KPM) segera melaksanakan inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar sekolah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelewatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta 588 (Pindaan) kuat kuasa hari ini

PINDAAN terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berkuat kuasa hari ini, selepas diwartakan pada 7 Februari lalu. Kementerian Komunikasi dalam kenyataan memaklumkan, pindaan terhadap akta itu diluluskan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Perlis boleh jadi contoh semangat Malaysia Madani

Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Hamas tempelak kegagalan Israel patuhi perjanjian gencatan senjata

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

KPM segera perkasa penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah – PMX

Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

  • By Mai S
  • February 12, 2025
Lima pelanggaran utama Israel sepanjang gencatan senjata

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Proton e.MAS kini di Kuching, fokus wujudkan persekitaran hijau dan mampan

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji

Kanak-kanak tidak dibenar tunai haji