Kerajaan salur RM100 juta kepada FELDA

SERDANG – Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menampung kos pengoperasian ladang akibat penyasaran subsidi diesel bagi memastikan pendapatan peneroka tidak terkesan dengan program penyasaran tersebut.

“Kerajaan telah melaksanakan penyasaran subsidi diesel di mana harga runcit diesel ditetapkan tanpa subsidi bagi menangani penyeludupan dan ketirisan diesel bersubsidi.

“Pada masa yang sama, Kerajaan telah menyediakan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan, termasuk pekebun kecil,” katanya dalam perasmian sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 peringkat kebangsaan di MAEPS, hari ini.

Anwar berkata peruntukan itu disalurkan setelah mengambil kira implikasi kewangan tambahan Felda sebanyak RM121.6 juta setahun akibat kenaikan harga diesel.

Sementara itu, katanya, kerajaan meluluskan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan FELDA bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

Menurutnya, bantuan berkenaan disasarkan dapat memberi impak positif kepada komuniti FELDA.

“Pembabitan FELDA dalam SejaTi MADANI merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.

“Justeru, komuniti diberi kebebasan bermusyawarah untuk memutuskan sektor tumpuan seperti pertanian dan makanan, jahitan dan kraftangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula, ” katanya.

Related Posts

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PUTRAJAYA – Pelaksanaan undang-undang antarabangsa perlu dilaksanakan secara adil dan konsisten kepada semua pihak bagi memastikan kredibilitinya terus terpelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, penguatkuasaan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

PUTRAJAYA – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) perlu dinilai secara adil dan tidak tergesa-gesa membuat kesimpulan negatif oleh pelbagai pihak, memandangkan kerangka undang-undang tersebut masih berada dalam fasa awal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan