Karnival Usahawan Desa, Hari Peneroka Felda dalam satu penganjuran tahun depan

SERI KEMBANGAN – Penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD) dan Hari Peneroka Felda akan digabungkan tahun depan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, pihaknya menyasarkan kehadiran dua juta pengunjung pada penganjuran itu nanti.

Beliau berkata, sambutan itu akan dikendalikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang berpengalaman menganjurkan KUD yang memasuki edisi kesembilan tahun lalu.

“Tahun depan saya berazam dengan Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar yang baharu, Hari Peneroka FELDA hendaklah didukung oleh KKDW.

“Kalau tahun lalu, KUD@Putrajaya dikunjungi 1.5 juta pengunjung, ditambah dengan dukungan daripada generasi pertama hingga generasi kelima FELDA, insya-Allah kita sasar Hari Peneroka FELDA tahun depan kita capai dua juta pengunjung,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Rancangan FELDA (AKRF), Anugerah Masjid Contoh (AMC) dan Anugerah Tokoh Imam FELDA ATIF) sempena Hari Peneroka FELDA 2024.

Related Posts

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

KONSENSUS MADANI bukan sekadar konsep politik semasa, sebaliknya merupakan satu agenda besar untuk membangunkan Malaysia yang lebih adil dan inklusif, demikian tegas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

PUTRAJAYA – Semua pihak diminta menghentikan segera sebarang polemik atau percubaan untuk mempolitikkan pelantikan Ketua Hakim Negara yang baharu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik