‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan serta rakan industri bagi memastikan pelaksanaan pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang kukuh dan mampan serta memberi impak nyata kepada rakyat.

‎Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, James Ratib berkata, ia amat penting bagi memastikan manfaat ekonomi digital dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

‎“Dalam dunia yang semakin dipacu teknologi, kesalinghubungan digital bukan lagi sekadar kemudahan tambahan, sebaliknya menjadi asas penting kepada pembangunan moden serta pertumbuhan ekonomi.

‎“Bagi sebuah negeri yang luas seperti Sabah dengan kawasan bandar, luar bandar serta pedalaman yang mempunyai cabaran geografi tersendiri, pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang kukuh menjadi sangat penting bagi memastikan manfaat ekonomi digital dapat dinikmati secara lebih inklusif oleh semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada isnin.

‎Sehubungan itu, beliau menegaskan pelaksanaan Pelan JENDELA 2 di peringkat nasional merupakan langkah penting dalam memperkukuh liputan serta kualiti rangkaian digital di seluruh negara, khususnya di Sabah.

‎Dalam masa sama, James menekankan pendekatan berasaskan data amat penting bagi memastikan pembangunan infrastruktur digital dapat dilaksanakan secara lebih strategik dan menepati keperluan rakyat.

‎Tambahnya, dalam konteks itu, EDOTCO Malaysia dengan kerjasama strategik bersama KPSTI telah membangunkan platform Sabah Connectivity Dashboard, yang berfungsi sebagai sistem pemantauan bagi membantu kerajaan negeri mengenal pasti kawasan yang memerlukan penambahbaikan infrastruktur telekomunikasi.

‎“Melalui platform tersebut, kerajaan negeri dapat mengenal pasti secara lebih tepat kawasan yang memerlukan intervensi sekali gus memastikan kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman turut menikmati kesalinghubungan digital yang lebih baik serta mampan.

‎“Dengan akses digital yang lebih baik, generasi muda Sabah akan mempunyai lebih banyak peluang untuk menceburi bidang masa hadapan seperti sains, teknologi, inovasi, ekonomi digital, kecerdasan buatan dan teknologi baharu,” jelasnya .

‎Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KPSTI) terus komited memperkukuh pembangunan ekonomi digital negeri dengan memperluaskan kesalinghubungan digital di seluruh Sabah selaras aspirasi Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Related Posts

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

TAWAU – Seorang guru pelatih wanita maut selepas motokar yang dipandu terbabas sendiri dalam insiden kemalangan di Batu 11 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Dalam kejadian kira-kira pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

GEORGE TOWN – Sebanyak 99 peratus daripada lebih 16,000 responden menyatakan sokongan terhadap cadangan sambungan jajaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, sekali gus mencerminkan penerimaan tinggi rakyat terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter