Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

KOTA KINABALU – BAYU merupakan satu inisiatif pendidikan baharu iaitu bantuan yuran bagi peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia menjadikan 14 inisiatif pendidikan yang disediakan Kerajaan Negeri.

“Lebih kurang 14 inisiatif kita sediakan campur tadi satu inisiatif yang baharu iaitu BAYU, bantuan untuk anak-anak kita mengambil peperiksaan MUET.

“Ini juga kita berikan percuma kepada anak-anak kita yang sebelum ini mereka membayar yuran sendiri dan banyak lagi inisiatif yang akan dirancang untuk anak-anak kita.

“Insya-Allah nanti Ketua Menteri akan memberitahu atau mengumumkannya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Inisitif Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA) di dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Ahad.

Inisiatif tersebut diberikan kepada pelajar Tingkatan Enam yang mengambil peperiksaan MUET sebagai syarat wajib untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah, menjelaskan bahawa selama ini kerajaan juga membelanjakan lebih RM70 juta bagi membiayai bantuan pendidikan untuk anak-anak Sabah.

Mengulas mengenai bantuan SENTOSA, Arifin berkata, ia diberikan secara ‘one-off’ sebanyak RM300 setiap seorang pelajar Bumiputera Sabah yang menuntut di IPT dalam Sabah dan melibatkan anggaran seramai 20,000 pelajar pada tahun ini.

“Pada hari ini, bantuan SENTOSA secara tunai diberikan kepada lebih 600 pelajar yang membabitkan 319 pelajar UMS dan 323 pelajar Kolej MAHSA Sabah yang belum menerima bantuan ini,” ujarnya.

Related Posts

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

TAWAU – Satu inisiatif pelancongan berskala besar bakal direalisasikan di daerah ini menerusi pembinaan Pusat Konservasi Gajah (Elephant Sanctuary). Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Andi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun