Kerajaan Sabah jadikan Haul Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun sebagai program tahunan

PUTATAN – Kerajaan Negeri Sabah kini menjadikan Haul Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun sebagai program rasmi tahunan kerajaan bagi memperingati jasa dan perjuangan almarhum yang meninggal dunia pada 2 Februari 1995.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovosi Sabah, Datuk Dr Arifin Mohd Arif, pada lima tahun lalu ia hanya dianjurkan secara kecil-kecilan oleh Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahma, sebuah institusi yang diasaskan oleh Almarhum Tun Mustapha di Sembulan.

“Program ini telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

“Ia akan diperluaskan lagi dengan penganjuran Seminar Pemikiran Tun Dato’ Haji Mustapha yang bakal diselaras oleh MUIS, JHEAINS, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).

“Seminar itu akan mengupas idea dan sumbangan almarhum dalam bidang pendidikan, ekonomi, perpaduan dan syiar Islam,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Haul di Taman Memorial Tun Datu Mustapha di sini pada Khamis.

Jelasnya, program ini dapat memberi manfaat kepada generasi muda untuk mengenali lebih dekat perjuangan almarhum Tun Mustapha sebagai tokoh kemerdekaan Sabah.

Tambah beliau, program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat