Kerajaan Sabah diminta segera salur peruntukan dua tapak perkuburan baharu

TAWAU  – Kerajaan Sabah disaran mempercepatkan penyaluran peruntukan bagi membangunkan dua tapak tanah perkuburan Islam baharu di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, isu itu memerlukan perhatian segera susulan tanah perkuburan sedia ada yang semakin padat dan tidak lagi mampu menampung pengebumian baharu.

Antara lokasi yang dikenal pasti sesuai bagi pembinaan tanah perkuburan baharu ialah di Jalan Baradaya dan Merotai, yang mampu menampung keperluan pengebumian penduduk Islam dari Kukusan, Tawau dan Kalabakan.

“Tanah Perkuburan Islam di Jalan Utara Kukusan kini hampir mencapai kapasiti maksimum.

“Dalam masa sama, kawasan Kukusan terus pesat membangun dan memiliki nilai komersial yang tinggi, menyebabkan sukar untuk menambah tapak perkuburan di lokasi sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Van Jenazah kepada Masjid Nurul Taqwa, Kampung Jawa Lanut, di Tawau.

Rina yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah berkata, pembinaan tanah perkuburan baharu memerlukan sokongan kewangan besar dan perlu dirancang dengan teliti bagi kegunaan jangka panjang penduduk Islam di daerah ini.

“Permohonan peruntukan sudah dikemukakan sebelum ini dan kita berharap kerajaan negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dapat mempertimbangkan kelulusan segera bagi merealisasikan pembinaan tanah perkuburan berkenaan.

“Keperluan ini bukan sekadar kemudahan fizikal tetapi merupakan pelaksanaan fardu kifayah kerana apabila berlaku kematian, masyarakat perlu mempunyai tempat yang selesa dan sesuai untuk menguruskan jenazah dengan sempurna,” katanya.

Mengenai penyerahan van jenazah berkenaan, Rina menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kelulusan van jenazah pertama untuk DUN Kukusan.

Katanya, kemudahan itu amat signifikan dan memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk di Mukim Sentosa dan kawasan sekitarnya yang sebelum ini terpaksa bergantung kepada bantuan luar bagi urusan pengangkutan jenazah.

“Usaha ini juga seiring dengan agenda Pembangunan Modal Insan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang memberi penekanan terhadap inisiatif kesejahteraan rakyat, khususnya dari aspek pengurusan kematian.

“Kemudahan ini bukan hanya membantu meringankan beban waris, malah membuka peluang kepada masyarakat untuk menyempurnakan tanggungjawab sosial dan agama mereka.

“Saya juga menggalakkan masjid dan surau menubuhkan tabung khas penyelenggaraan van jenazah supaya dapat digunakan secara berterusan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan,” tambahnya.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap