Kerajaan, rakyat umpama satu pasukan seperti Manchester United – Abang Johari

SARIKEI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengibaratkan hubungan erat antara Kerajaan Negeri dan rakyat sebagai satu pasukan yang bergerak seiring seperti kelab bola sepak terkenal, Manchester United.

Beliau berkata, perpaduan dan kerjasama kukuh antara kedua-dua pihak amat penting dalam memastikan kejayaan agenda pembangunan Sarawak.

“Rakyat dan kerajaan ini ibarat satu pasukan bola sepak, macam Manchester United. Liverpool saya tak berapa peduli,” selorohnya yang mencuit hati para hadirin.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei pada Rabu.

Abang Johari turut menekankan bahawa sinergi antara kerajaan dan rakyat merupakan kunci kepada kemajuan negeri, selaras dengan visi menjadikan Sarawak sebagai sebuah wilayah maju menjelang 2030.

“Tanpa kerjasama rakyat, sukar untuk kita capai kejayaan. Sebab itu, saya mahu kita semua bergerak sebagai satu pasukan,” ujarnya.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi